Assalamualaikum semua. Tengah nak start memasak ke tu? Saja nak tanya, korang perasan tak kalau kalau korang stress mesti ada jerawat yang timbul kat muka kan? Apatah lagi kalau yang memang kulit muka jenis berminyak dan berjerawat tu lagilah teruk simptom jerawatnya.
Ramai yang stress during MCO ni, tak dapat keluar ke mana-mana. Stress dengan rutin harian yang sama, stress dengan bermacam-macam karenah anak-anak di rumah, stress dengan keadaan ekonomi dan masalah kewangan yang tidak stabil, stress tak dapat berjumpa keluarga/ibu ayah tersayang di kampung dan bermacam-macam lagi jenis stress. 😅
Kalau korang nak tahu bila kita berada dalam keadaan stress, kelenjar adrenalin mula bekerja dan memenuhkan saluran darah dengan hormon kortisol dan mengaktifkan kelenjar peluh. Kesannya, kulit akan mengalami keradangan dan menjadi lebih berminyak, liang roma tersumbat dan bakteria mula terkumpul lalu menjadikan kulit anda berjerawat. Tetapi jangan risau, jerawat yang keluar disebabkan stress boleh dicegah dengan rawatan yang betul.
Tidur yang lena dan rehat yang mencukupi membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Kurangkan stress, sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang kita ada. Sentiasa bersifat terbuka, memaafkan sesiapa sahaja dan hiduplah dengan gembira. Jangan lupa untuk minum air secukupnya!!
Selain daripada itu, penjagaan kulit wajah juga sangat penting especially during MCO kerana ramai yang terlalu sibuk di dapur disamping sibuk juga menguruskan keluarga hingga terlupa untuk membelai kulit wajah. Untuk itu DERMAGS Skin Solution sentiasa bersiap sedia untuk menemani anda sepanjang masa dan melengkapkan rutin harian penjagaan kulit wajah anda.
Untuk kulit wajah yang berjerawat, jangan risau.. anda boleh mencuba keluaran terbaru Glass Skinz by DERMAGS- Green Clay Facial Soap Bar yang dirumus khas untuk membersihkan kotoran/minyak berlebihan yang boleh menyebabkan kulit rosak akibat jerawat. Selain daripada itu, ianya sangat berkesan untuk mengawal keseimbangan pH kulit serta memelihara kulit supaya kekal lembap sepanjang hari. ❤️
Dirumus khas daripada madu, tanah liat hijau, sulfur, tea tree oil, glycerin, ekstrak kulit manggis dan essential oil dengan harga yang sangat berbaloi cuma RM49.90 😍
No comments:
Post a Comment